Aktiviti ini dijalankan bertujuan memberi taklimat advokasi agar mendidik dan memberi kesedaran kepada para peserta berkenaan kempen Kempen Klik Dengan Bijak yang mana ianya adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Aktiviti ini juga bertujuan mendedahkan kewujudan aplikasi Al-Quran Online dan mengajar para peserta langkah-langkah penggunaannya. |