Tarikh | : 14 Julai 2019 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Kg Baru Sentosa |
Peserta | : 8 orang |
Tujuan | |
Aktiviti ini dijalankan bertujuan memberi taklimat advokasi agar mendidik dan memberi kesedaran kepada para peserta berkenaan kempen Kempen Klik Dengan Bijak yang mana ianya adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. | |
Aktiviti | |
Program bermula dengan taklimat oleh petugas dan ramah mesra antara petugas dan para peserta. Kemudian, petugas mula memberikan taklimat berkenaan Kempen Klik Dengan Bijak. | |