Sekiranya anda masih menggunakan vape, mungkin ini waktu terbaik untuk anda berhenti demi keselamatan diri anda dan orang di sekitar anda 🙏🏼 .
Jangkitan covid menyerang paru paru manusia, oleh itu pada ketika ini sangat penting untuk memastikan paru paru berada dalam keadaan baik.
Kajian mengenai vape dan covid masih terhad, namun pakar kesihatan sangat yakin, seperti mana jangkitan paru paru lain, merokok dan vape juga mampu menyebabkan risiko mendapat komplikasi serius.
Dr Robert Jackler, ketua Jabatan otolaryngology di Stanford Medicine berpendapat, wap air dari vape juga mempunyai risiko penyebaran. Apabila seseorang menyedut cecair vape, ia akan melalui paru paru sebelum dihembus melalui mulut ke udara. Wap air tersebut bukan sahaja mengandungi cecair vape, malah ia mungkin membawa bersama virus dan kuman yang terdapat dalam paru paru.
Lebih membimbangkan, cecair aerosol vape juga sangat halus dan ringan menyebabkan ia terampai lebih lama di udara. Dalam keadaan ini, risiko virus tersebar juga lebih tinggi kerana ia mampu bergerak lebih jauh dan bertahan di udara lebih lama. . .
Masih lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk membuktikan risiko penyebaran virus menerusi peranti vape, namun sesuatu yang paling menyakinkan adalah manfaat sekiranya seseoranv indvidu berhenti merokok dan meninggalkan tabiat vape.
Kurang seminggu lagi sebelum Ramadhan bermula, manfaatkan waktu ini untuk berhenti merokok dan vape.
#StayAtHome
#DudukRumah
#KitaMestiMenang
Sumber : Public Health Malaysia