Hampir setahun sudah kita hidup di dalam tempoh pandemik. Peningkatan kes saban hari sudah tentu memberi kesan kepada kesihatan mental kita semua.
Ramai yang mula ada gejala kebimbangan sehingga menjejaskan kehidupan seharian. Lebih buruk lagi situasi pandemik turut memberi kesan ekonomi kepada peniaga peniaga kecil dan golongan berpendapatan rendah yang sememangnya telah hidup umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jangan lupa bertanya khabar pada rakan rakan dan keluarga anda. Mungkin ada yang memerlukan perhatian dan bantuan semasa tempoh mencabar ini.
Sumber: Public Health Malaysia