#StayAtHome
#DudukRumah
#KitaMestiMenang
Sekiranya anda masih menggunakan vape, mungkin ini waktu terbaik untuk anda berhenti demi keselamatan diri anda dan orang di sekitar anda 🙏🏼 .
Definasi kes aktif adalah kes yang telah dijangkiti dan masih mendapat rawatan di hospital.
Sarawak merupakan negeri yang memiliki peratusan pesakit yabg masih di rawat TERTINGGI dengan peratusan 82.4%
Sementara itu, negeri Selangor mencatatkan kes positif tertinggi di seluruh Malaysia dengan 1340 kes.
Tahniah dan terima kasih rakyat Malaysia, teruskan mematuhi PKP. Kita belum menang!
#StayAtHome
#DudukRumah
#KitaMestiMenang
Sekiranya anda masih menggunakan vape, mungkin ini waktu terbaik untuk anda berhenti demi keselamatan diri anda dan orang di sekitar anda 🙏🏼 .
Jangkitan covid menyerang paru paru manusia, oleh itu pada ketika ini sangat penting untuk memastikan paru paru berada dalam keadaan baik.
Kajian mengenai vape dan covid masih terhad, namun pakar kesihatan sangat yakin, seperti mana jangkitan paru paru lain, merokok dan vape juga mampu menyebabkan risiko mendapat komplikasi serius.
Dr Robert Jackler, ketua Jabatan otolaryngology di Stanford Medicine berpendapat, wap air dari vape juga mempunyai risiko penyebaran. Apabila seseorang menyedut cecair vape, ia akan melalui paru paru sebelum dihembus melalui mulut ke udara. Wap air tersebut bukan sahaja mengandungi cecair vape, malah ia mungkin membawa bersama virus dan kuman yang terdapat dalam paru paru.
Lebih membimbangkan, cecair aerosol vape juga sangat halus dan ringan menyebabkan ia terampai lebih lama di udara. Dalam keadaan ini, risiko virus tersebar juga lebih tinggi kerana ia mampu bergerak lebih jauh dan bertahan di udara lebih lama. . .
Masih lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk membuktikan risiko penyebaran virus menerusi peranti vape, namun sesuatu yang paling menyakinkan adalah manfaat sekiranya seseoranv indvidu berhenti merokok dan meninggalkan tabiat vape.
Kurang seminggu lagi sebelum Ramadhan bermula, manfaatkan waktu ini untuk berhenti merokok dan vape.
#StayAtHome
#DudukRumah
#KitaMestiMenang
Sumber : Public Health Malaysia
#StayAtHome
#DudukRumah
#KitaMestiMenang
Yeay. Lepas ini boleh balik kampung beraya!?
Dalam tempoh beberapa hari ini, kita mungkin dapat menarik nafas lega melihat statistik yang dibentang oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Kes sudah mula menunjukkan penurunan. Kepatuhan orang awam dalam tempoh PKP telah mula membuahkan hasil.
adakah ia petanda kita mampu mengibarkan bendera kemenangan dalam peperangan melawan Covid?
Tuan puan, dari kayangan, orang kenamaan sehingga ke rakyat marhean.
Anda silap besar.
Walaupun kita berada dilandasan yang hadapan bagi
✅ bilangan kes harian
✅ Kadar sembuh pesakit
✅ Bilangaan ujian covid dilakukan
KITA masih lagi mempunyai cabaran yang besar kerana jiran jiran kita masih dalam zon merah.
Negara jiran Indonesia mencatatkan kes positive serta kematian tertinggi. Negara Singapura terkedu dengan kes yang tiba tiba menjulang. Begitu juga dengan negara Thailand dan Filipina.
Sempadan negara perlu kukuh bagi menampan kemasukan kes kes import dari negara jiran. Jangan biar bolos sehingga mensia-siakan usaha PKP selama ini
Doakan mereka agar mereka turut sama berjaya mengekang wabak ini.
Perjalanan kita masih jauh.
Kita wajib menang, BERSAMA.
#StayAtHome
#DudukRumah
#KitaMestiMenang
Sumber : Public Health Malaysia