scam

Sebagai langkah-langkah pencegahan penularan jangkitan influenza, KKM ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa:

✔️mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi;

✔️amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;

✔️mengamalkan adab batuk yang baik;

✔️mengamalkan cara hidup sihat.

⚠️ Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza, sila laksanakan perkara-perkara seperti dikongsikan.

Sumber Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia


scam

Apakah perbezaan HFMD, chickenpox dan monkeypox❓

Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Ketahui perbezaannya menerusi info yang dikongsikan ini.

✅ Pengetahuan mengenainya penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan.

⚠️ Ketiga-tiga penyakit ini boleh merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair tubuh pesakit yang dijangkiti.

Jadi pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.

Sumber Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia


scam

Jangan abaikan denggi berbahaya.

Sumber Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia


scam

Penyakit Kawasaki adalah sindrom yang tidak diketahui puncanya.

Penyakit Kawasaki merupakan faktor utama penyakit acquired heart disease 🫀 dalam kalangan kanak-kanak, dan biasanya menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. 🧒🏻👧🏻

🚨 Dapatkan rawatan segera sekiranya anak anda mengalami sebarang gejala klinikal ini. Rawatan awal mampu mengurangkan risiko komplikasi jantung dengan ketara kepada anak anda.

Sumber Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia


scam

Sekarang ni musim demam. Check suhu badan anak selalu. Pantau dan perhatikan tanda- tanda demam yg meragukan.

Demam dengan gejala selsema memang biasa berlaku pada kanak kanak. Ia biasanya berpunca dari Jangkitan virus.

Kebiasaanya ia tidak serius dan boleh sembuh selepas beberapa hari.

Elakkan berada di luar rumah dan tempat awam. Duduk rumah dan buat apa sahaja aktiviti yg menyeronokkan bersama anak2.

Berikut merupakan panduan untuk ibu bapa bila ia boleh menjadi serius dan memerlukan rawatan segera.

Sumber Facebook : Public Health Malaysia