Tarikh | : 4 Ogos 2018 |
Masa | : 2.30 petang - 4.30 petang |
Lokasi | : PEDi Kg Baru Sentosa |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan | |
Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang pentingnya mengawal dan berhemah dalam menggunakan komputer dan berhati - hati melayari Internet melalui Kempen Klik Dengan Bijak. Selain itu, program ini dapat menambah ilmu kemahiran para peserta terutamanya dalam penyuntingan gambar digital menggunakan perisian Adobe Photoshop. | |
Aktiviti | |
Program bermula dengan taklimat oleh petugas dan ramah mesra antara petugas dan para peserta. Kempen Klik Dengan Bijak kemudian bermula dengan petugas menayangkan sambil memberi penjelasan berkenaan klip video yang menunjukkan beberapa situasi berkenaan penggunaan Internet dan teknologi yang memerlukan pengetahuan pengguna untuk bijak menilai agar tidak berhadapan dengan masalah dan keburukan akibat penggunaan Internet. Peserta kemudian memulakan pembelajaran asas penggunaan perisian Adobe Photoshop untuk menghasilkan reka bentuk butang lencana dengan pimpinan dan tunjuk ajar oleh petugas. | |