scam

Sampah kulit buah-buahan seperti kelapa, durian, manggis dan rambutan juga berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. ๐ŸฆŸ

Sampah sebegini sekiranya tidak diuruskan dengan baik dan dilupuskan secara berhemah boleh menakung air dan menjadi tempat yang sesuai untuk nyamuk bertelur, seterusnya meningkatkan risiko jangkitan denggi.

Sewaktu musim buah buahan ini, masyarakat dan peniaga buah-buahan perlu memainkan peranan untuk terus menjaga kebersihan alam sekitar bagi mengekang penularan wabak denggi.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

scam

Musim perayaan Aidiladha ๐ŸŒ™ โœจ ini, tentunya menu berasaskan daging korban menjadi tumpuan. Tahukah anda kaedah nyahbeku (defrost) daging korban ๐Ÿฅฉ yang selamat serta dapat mengekalkan kesegaran dagingโ“

Jangan ambil mudahโ€ผ๏ธ Proses ini penting semasa penyediaan makanan. Jika diabaikan ia boleh menjadi salah satu punca keracunan makanan.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

scam

Gout berpunca daripada paras asid urik yang tinggi dalam tubuh. Asid urik merupakan bahan kumuh yang terbentuk daripada sejenis protein yang dikenali sebagai purin.

Dalam keadaan normal, tubuh akan menyingkirkan asid urik melalui air kencing. Bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang. la membentuk kristal dan berkumpul dalam sendi.

Jadi, anda dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga berat badan, menghadkan pemakanan tinggi purin dan mengurangkan pengambilan alkohol bagi menjawab dan mengelakkan penyakit gout ini.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

scam

Masyarakat perlu memainkan peranan dan bekerjasama dalam memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes ๐ŸฆŸ di persekitaran premis. Komuniti disarankan supaya melakukan melakukan aktiviti gotong-royong ๐Ÿงน๐Ÿงค๐Ÿงฝ bagi menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes secara berkala termasuk mengitar semula โ™ป๏ธ atau melupuskan barang lusuh yang tidak terpakai yang berpotensi menjadi tempat nyamuk Aedes.

Jadikan aktiviti ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐˜€๐—ป๐—ฎ๐—ต tempat pembiakan Aedes di dalam dan luar rumah ๐Ÿ”Ÿ minit sekali seminggu sebagai aktiviti rutin keluarga bagi memastikan persekitaran bebas Aedes dan seterusnya memutuskan kitaran nyamuk Aedes.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

scam

 Adakah anda kerap mengalami kembung perut atau ketidakselesaan perut?

Semua ini adalah masalah penghadaman yang dialami oleh ramai orang dan ia boleh memberi kesan serius ke atas kualiti hidup, terutamanya jika ia kerap berlaku atau berpanjangan. Anda perlu mengenal pasti punca masalah ketidakhadaman ini

Sumber Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia