Sekin Wonderland adalah salah satu tarikan baru di Sekinchan Selangor untuk tahun 2021. Ia terletak di kawasan resort Sekin Hotel dan berdekatan dengan Pantai Redang Sekinchan. Walaubagaimanapun, Sekin Wonderland belum beroperasi sepenuhnya akibat pandemik Covid-19. Buat masa sekarang, Sekin Wonderland hanya ditawarkan untuk 'Test-Run' sahaja dan pakej haga promosi buat masa sekarang.

Untuk maklumat lanjut:

Sekin Wonderland

Alamat: 285, Lorong Sebelas, 45400 Sekinchan, Selangor
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
WhatsApp : 011-23830727

Sumber Facebook : Sekin Wonderland

Ah Ma House merupakan rumah tradisional dan sekiranya berkunjung di sini akan mengingatkan nostalgia di kampung. Ah Ma House juga dipenuhi barang-barang klasik seperti televisyen lama, radio lama, perabot rotan dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga makanan ringan di zaman kanak-kanak dan makanan klasik.

Untuk maklumat lanjut:

Ah Ma House

Alamat: Lot 10376, Jalan Tali Air 5, Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan Selangor
Waktu operasi :10.00 am – 6.00 pm (setiap hari kecuali cuti umum waktu operasi berbeza sedikit)

Sumber Facebook : Ah Ma Sekinchan

Farm Ville Cafe & Homestay atau lebih dikenali sebagai "Sekinchan Container Hotel" dibina menggunakan bekas logam dari pelbagai saiz yang dibina dalam kedudukan yang unik yang menawarkan pemandangan penuh dari sawah Sekinchan yang terkenal, kehijauan yang luas dari sawah padi semasa musim penanaman atau musim menuai. Antara yang ada di Farm Ville Cafe & Homestay ini seperti, bilik mengikut saiz untuk menginap, cafe, bahagian atas untuk riadah dan melihat pemandangan dan banyak lagi. Tambahan lagi, struktur sebahagian bilik (kebanyakan dengan bilik mandi en-suite) mempunyai teres di bahagian tingkat atas, memberikan anda waktu yang tenang dari kekacauan kota.

Menginap di Farmville Café and Homestay, sama ada dengan keluarga atau rakan anda akan menjadi pengalaman unik untuk kembali ke alam semula jadi dan bersantai sepenuhnya. Selain ketenangan sawah padi, pengunjung juga dapat menjelajahi banyak tarikan tempatan lain yang berada dalam jarak 5 minit pemanduan. Sekinchan juga menjadi bandar pesisir mempunyai banyak restoran yang menawarkan makanan laut yang enak dengan harga murah.

Untuk maklumat lanjut:

Farm Ville Cafe & Homestay

Alamat: Lot 11304, Kampung Site B Tambahan Jalan Tepi Sawah Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Nombor Whatsapp: 017-206 8666

Website : Faram Ville Cafe & Homestay

Ladang Teh terletak di Parit 6 Ban 2 Sg Leman Sekinchan. Tanah seluas 1 hektar telah diusahakan sejak sekitar 2010-2011 lagi. Teh yang diusahakan bernama lemon myrtle yang berasal dari Australia.

Untuk maklumat lanjut:

Sekinchan Padi Box

Alamat: Parit 6 Ban 2 Sg Leman Sekinchan 45400 Sekinchan, Selangor.
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sumber Facebook : Ladang Teh Sekinchan

Sekinchan Padi Box merupakan salah satu penginapan homestay dan cafe yang berkonsepkan kabin. Terdapat beberapa bilik homestay yang pelbagai iaitu dari bilik couple, keluarga dan dorm dan bilik privasi. Di setiap bilik di Padi Box terdapat kelengkapan seperti TV, free WIFI, bilik mandi yang privasi dan juga keselesaan katil untuk mereka yang menginap. Sekiranya anda menginap di Padi Box ini, tiap kali anda bangun dari tidur, anda akan dapat lihat pemandangan sawah padi yang sungguh segar di pagi hari dan cuaca di sekitar Padi Box yang sungguh nyaman. Di hadapan Homestay Padi Box terdapat sebuah bas yang dijadikan cafe hipster.  Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kepelbagaian Padi Box , sila berkunjung di Sekinchan Padi Box.

Untuk maklumat lanjut:

Sekinchan Padi Box

Alamat: Padi Box Homes and Cafe Lot 11126, Jalan Tali Air 4, 45400 Sekinchan, Selangor.
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Nombor Whatsapp: 0193205688
Nombor Telefon:0193205688

Website : Sekinchan Padi Box