Mengenai Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Pusat Ekonomi Digital atau dikenali sebagai PEDi merupakan sebuah projek kerajaan dengan Inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dikendalikan oleh Telekom Malaysia dan MSD Digital Inteligence Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar. Untuk maklumat, sebelum bertukar nama kepada PEDi, ia dikenali sebagai Pusat Internet 1Malaysia (PI1M), Pusat Internet dan seterusnya Pusat Internet Komuniti (PIK).
Objektif penubuhan Pusat Ekonomi Digital(PEDi) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, PEDi juga dilaksanakan sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.
Penubuhan PEDi diharapkan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif Pusat Ekonomi Digital(PEDi)