Lokasi Tempat Tarikan Sekinchan
Sekinchan terkenal dengan keindahan pemandangan sawah padi yang menarik minat para pelancong untuk berkunjung. Sekinchan bukan sahaja terkenal dengan sawah padi, malah terkenal dengan tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran yang baik serta merupakan lokasi penting bagi hasil laut dalam Negeri Selangor. Sekinchan juga digelar "Jelapang Padi" kerana hasil padinya yang terbaik dan sentiasa berada pada kualiti yang bagus dan sentiasa membanggakan, ia adalah sektor ekonomi utama di Negari Selangor dengan keluasan lebih 400 ekar. Selain itu, Sekinchan juga digelar sebagai perkampungan nelayan kerana Bagan Sekinchan merupakan kampung nelayan yang kedua terbesar di daerah Sabak Bernam. Hampir 90% penduduknya berkerja dalam sektor pertanian. Kini Sekinchan dikenali ramai dengan tempat-tempat yang menarik, Perusahaan IKS dan Inap Desa (Homestay).
- Seterusnya
- Seterusnya >>