Tarikh : 5 Ogos 2018
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Kg Baru Sentosa
Peserta : 8 orang
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang pentingnya memastikan maklumat atau berita yang disebarkan adalah benar dan sahih untuk mengelakkan fitnah dan salah faham berlaku. Peserta ditugaskan untuk melayari laman sesawang sebenarnya.my untuk mendapatkan artikel-artikel yang menjelaskan kesahihan sesuatu berita. Selain itu, program ini dapat menambah ilmu kemahiran para peserta terutamanya dalam penyuntingan gambar digital menggunakan perisian Adobe Photoshop.
   
Aktiviti 
Program bermula dengan taklimat oleh petugas dan ramah mesra antara petugas dan para peserta. Peserta ditugaskan untuk melayari laman sesawang sebenarnya.my untuk mendapatkan artikel-artikel yang menjelaskan kesahihan sesuatu berita. Peserta kemudian memulakan pembelajaran asas penggunaan perisian Adobe Photoshop untuk menghasilkan reka bentuk asas kereta dengan pimpinan dan tunjuk ajar oleh petugas.

Gambar Disini