scam

PEDi sedia membantu

PEDi di seluruh negara akan dimobilisasikan sebagai pusat bantuan dalam usaha membantu orang awam termasuklah warga emas yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.

Menerusi usaha tersebut, setiap PEDi akan membantu meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai pentingnya proses vaksinasi dalam membantu Kerajaan memerangi pandemik COVID-19.

Bagi orang awam yang masih belum mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19, Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi akan membantu mereka untuk mendaftar melalui aplikasi MySejahtera masing-masing.

Kemudahan ini akan disediakan di semua PEDI yang beroperasi di seluruh negara. Setiap PEDi akan memulakan program ini pada Khamis, 1 April 2021