Pesakit #COVID19 atau kontak rapat yang menjalani kuarantin di rumah perlu mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan jika mengalami gejala-gejala ini.
Gejala-gejala ini adalah 'warning signs' atau petanda kesihatan pesakit COVID-19 semakin teruk.
Segera dapatkan rawatan dengan: Pergi ke CAC terdekat atau Jika kecemasan, hubungi 999 untuk ambulans.
Ahli keluarga atau rakan serumah perlu peka dengan memantau keadaan kesihatan pesakit COVID-19 sepanjang mereka kuarantin di rumah.