scam

"Sedihnya. Seharian saya selsema. Makan tak rasa. Hidung tersumbat. Saya ada influenza ke demam selsema? Adakah influenza sama dengan demam selsema?"

Jawapannya: TIDAK

Walaupun kedua-duanya mempunyai gejala yang hampir sama tetapi influenza menyebabkan gejala dan tanda-tanda yang lebih teruk serta boleh menyebabkan komplikasi yang serius.

Sesiapa yang ada gejala batuk dan bersin yang kuat, tolonglah tutup mulut tu, selepas itu basuh tangan. Jika tidak, kuman akan merebak ke persekitaran dan lebih ramai akan dijangkiti

Sumber : Public Health Malaysia