Anak atau penjaga yang tinggal bersama warga emas, pastikan keperluan mereka mencukupi dan amalkan langkah pencegahan seperti kerap cuci tangan dengan air dan sabun dan pastikan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
#StayAtHome
#DudukRumah
Sumber Telegram: MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
Di waktu sukar ini mari kita buang stigma negatif terhadap pesakit Covid-19 dan ahli keluarga mereka. Beri mereka sokongan dan kata-kata positif. Rakyat Malaysia bersama-sama menentang Covid-19! #KitaMestiMenang!
#StayAtHome
#DudukRumah
Sumber Telegram: MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
TERKINI #COVID19Malaysia, 09 April 2020.
Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah 121 kes
Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 1,608 kes bersamaan dengan 38.03% dari jumlah keseluruhan kes positif.
Terima kasih kepada semua!
#StayAtHome
#DudukRumah
Sumber Telegram: Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia
CARA PALING MUDAH DAN KITA SEMUA MAMPU LAKUKANNYA...
Teruskan DUDUK RUMAH dan patuhi PKP yang telah ditetapkan agar kita dapat bendung penularan wabak #COVID19.
#StayAtHome
#DudukRumah
Sumber Telegram: MAJLIS KESELAMATAN NEGARA