Cara pendaftaran adalah seperti berikut:
- 1. Pergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
- 2. Klik Pengguna Baru
- 3. Tekan Daftar Pengguna
- 4. Klik Daftar
- 5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
- 6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
- 7. Klik Permohonan Baharu
- 8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar. Lengkapkan maklumat seperti maklumat murid, maklumat kesihatan dan maklumat penjaga
- 9. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
- 10. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- 11. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- 12. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu. Status permohonan murid akan dipaparkan.
- 13. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.