USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN

Nama : Hasnah binti Hashim
Umur : 58 tahun
Ahli : 28 Januari 2018

 

Latar belakang

Puan Hasnah  menetap di Kampung Penerangan,Sekinchan. Jarak rumah beliau dengan PEDi Kampung Baru Sentosa hanya 1.5 km. Beliau menjalankan perniagaan makanan seperti menerima tempahan katering untuk majlis-majlis tertentu. Selain itu beliau menjual nasi kerabu dan nasi dagang melalui tempahan. Beliau juga menjual barangan gubahan seperti gubahan bunga plastik, gubahan bunga daripada sabun dan pelbagai lagi mengikut cita rasa pelanggan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau agak sukar untuk mempromosikan produk beliau dan kurang tempahan. Beliau juga kurang mahir dan kurang keyakinan dalam menggunakan media sosial untuk mempromosi produk beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas bimbingan yang diberikan oleh PEDi beliau belajar cara untuk mempromosi produk dengan lebih berkesan melalui platform atas talian. Beliau belajar cara untuk menambah kenalan/network bagi menarik lebih ramai pelangga. Tempahan atas talian juga semakin bertambah. Beliau juga mempelajari kelas asas berniaga di platform Shopee. Perkhidmatan COD juga disediakan bagi menarik minat pelanggan.

SRI