PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama : Seli Ermawati Binti Sohaini
Umur : 11 tahun
Ahli : 10 Mac 2018

 

Latar belakang

Adik Seli merupakan pelajar di darjah 5 di sebuah Sekolah Kebangsaan Sri Sekinchan. Menetap di Kampung Parit 5, Sekinchan Selangor bagi memudahkan adik Seli mengikuti kelas e-pembelajaran atau program yang di anjurkan di PEDi Kg Baru Sentosa. Anak bongsu dari dua adik beradik sahaja, seorang yang aktif dan rajin belajar mengenai teknologi ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT, beliau kurang asas menggunakan komputer seperti menaip dan mencari maklumat di internet .Beliau kurang mahir menggunakan Microsoft word dan beliau juga tidak tahu cara melayari internet dengan betul dan bijak.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan bengkel e-pembelajaran yang telah beliau hadiri di PEDi, beliau semakin mahir dalam menggunakan Microsoft office word. Selain itu, beliau berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru dengan cemerlang melalui carian maklumat menggunakan kemudahan internet. Tambahan lagi, dengan adanya Advokasi Klik dengan Bijak, beliau tahu menggunakan internet dengan betul dan memanfaatkan internet untuk pembelajaran.

SRI