USAHAWAN KECIL PRODUK KEK BUATAN SENDIRI

Nama : Siti Nurbaya
Umur : 37 tahun
Ahli : 07 Februari 2018

 

Latar belakang

Puan Siti Nurbaya menetap di kg baru parit 5 iaitu kira-kira 1 kilometer jarak antar rumah dan PEDi Kg Baru Sentosa. Beliau sering menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi. Beliau bekerja sebagai pembantu di kedai makan. Beliau menjalankan perniagaan kek buatan sendiri ”homemade cake” secara sampingan. Beliau mengambil tempahan seperti kek kahwin, kek pertunangan, dan kek hari lahir. Antara kek yang popular adalah kek pandan gula melaka,kek pisang dan brownies Nutella.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaa ICT beliau agak sukar untuk mempromosikan produk beliau dan produk beliau kurang dikenali kecuali penduduk sekitar sahaja. Beliau kurang mahir dan kurang keyakinan dalam menggunakan media sosial untuk mempromosi produk beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas bimbingan yang diberikan oleh PEDi beliau belajar cara untuk mempromosi produk dengan lebih berkesan melalui platform atas talian. Beliau belajar cara untuk menambah kenalan/network bagi menarik lebih ramai pelangga. Tempahan atas talian juga semakin bertambah meliputi pelanggan daripada luar kawasan kediaman. Beliau semakin aktif dalam mempromosi produk beliau di dalam group-group facebook dan whatsapp.Kek-kek yang dihasilkan juga mempunyai pelbagai jenis dan corak mengikut kehendak pelanggan.

SRI