PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama : Nor Aina binti Es Osmera
Umur : 17 tahun
Ahli : 21 Mei 2017

 

Latar belakang

Berumur 17 tahun dan akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2021, adik Nor Aina salah seorang pelajar yang terawal mendaftar menjadi ahli PEDi. Merupakan pelajar di SMK Sungai Burong dan menetap di Jalan Orkid Sekinchan Jaya, Sekinchan Selangor. Jarak rumah beliau dengan PEDi dianggarkan sejauh 1-2 Kilometer sahaja bagi memudahkan untuk adik Aina menggunakan kemudahan yang ada di PEDi. Anak ketiga daripada 6 adik beradik sahaja merupakan seorang yang giat mengikuti program dan latihan yang dianjurkan di PEDi. Tambahan lagi, rajin menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT, beliau kurang asas menggunakan teknologi IT iaitu komputer seperti menaip dan mencari maklumat di internet .Beliau kurang mahir menggunakan Microsoft word, software seperti canva dan editing dan beliau juga tidak tahu cara melayari internet dengan betul dan bijak.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan bengkel e-pembelajaran yang telah beliau hadiri di PEDi, beliau semakin mahir dalam mengendalikan Microsoft office word dan beberapa software lain di komputer. Selain itu, beliau berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru dengan cemerlang melalui carian maklumat menggunakan kemudahan internet yang disediakan. Tambahan lagi, dengan adanya Advokasi Klik dengan Bijak, beliau tahu menggunakan internet dengan betul dan memanfaatkan internet untuk pembelajaran.

SRI