PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama : Mohamad Irfan Bin Hamsah
Umur : 14 tahun
Ahli : 21 Ogos 2019

 

Latar belakang

Mohamad Irfan berusia 14 tahun dan merupakan pelajar di SMJK Yoke Kuan, Sekinchan. Jarak rumah beliau dengan Pusat Ekonomi Digital atau dikenali sebagai PEDi dianggarkan sejauh 1 Kilometer sahaja bagi memudahkan untuk adik Irfan menggunakan kemudahan yang ada di PEDi. Adik Irfan selalu hadir ke PEDi pada cuti sekolah untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT, beliau kurang mahir menggunakan komputer seperti menaip dan mencari maklumat di internet. Beliau juga tidak tahu menggunakan cara melayari internet dengan betul dan bijak.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan pembelajaran yang telah beliau hadiri di PEDi, beliau tahu cara menggunakan komputer seperti menaip surat. Beliau juga telah pandai menggunakan komputer untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Dengan adanya Advokasi Klik dengan Bijak, beliau tahu menggunakan internet dengan betul dan memanfaatkan internet untuk pembelajaran.