PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama : Muhd Amzah bin Shahrul Azmi
Umur : 16 tahun
Ahli : 13 Jun 2017

 

Latar belakang

Adik Muhd Amzah berumur 16 tahun adalah salah seorang pelajar yang terawal mendaftar menjadi ahli PEDi. Merupakan pelajar di SMJK Yoke Kuan, Sekinchan. dan menetap di Kg Sentosa, Sekinchan dan jarak rumah beliau dengan PEDi dianggarkan lebih kurang 1 Kilometer sahaja bagi memudahkan untuk adik Amzah menggunakan kemudahan yang ada di PEDi. Seorang yang giat mengikuti program dan latihan yang dianjurkan di PEDi. Tambahan lagi, rajin menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT, beliau kurang asas menggunakan teknologi IT iaitu komputer seperti menaip dan mencari maklumat di internet .Beliau kurang mahir menggunakan Microsoft word, software seperti canva dan editing dan beliau juga tidak tahu cara melayari internet dengan betul dan bijak.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan bengkel e-pembelajaran yang telah beliau hadiri di PEDi, beliau semakin mahir dalam mengendalikan Microsoft office word dan beberapa software lain di komputer. Selain itu, beliau berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru dengan cemerlang melalui carian maklumat menggunakan kemudahan internet yang disediakan. Tambahan lagi, dengan adanya Advokasi Klik dengan Bijak, beliau tahu menggunakan internet dengan betul dan memanfaatkan internet untuk pembelajaran.

SRI