PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama : Nur Humairah Atikah Binti Riduan
Umur : 17 tahun
Ahli : 27 Mei 2017

 

Latar belakang

Adik Humairah Atikah berumur 17 tahun adalah salah seorang pelajar yang terawal mendaftar menjadi ahli PEDi. Merupakan pelajar di SMJK Yoke Kuan, Sekinchan dan menetap di Lorong 2 Kg Penerangan, Sekinchan. Jarak rumah beliau dengan PEDi dianggarkan 1 Kilometer sahaja bagi memudahkan untuk adik Humairah menggunakan kemudahan yang ada di PEDi dan beliau selalu hadir ke PEDi pada cuti sekolah bermula umur beliau 12 tahun untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan di PEDi. Beliau juga sering menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru di PEDi dengan mendapatkan bimbingan daripada petugas PEDi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas-kelas ICT yang diadakan di PEDi Kg Baru Sentosa, beliau tidak tahu menggunakan komputer dan internet. Beliau juga tidak tahu cara melayari internet dengan betul dan bijak.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan pembelajaran yang telah beliau hadiri di PEDi Kg Baru Sentosa sejak berusia 12 tahun sehingga kini, beliau tahu cara menggunakan komputer seperti menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint. Beliau juga telah pandai menggunakan komputer untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru dan mencari maklumat pembelajaran menggunakan internet. Dengan adanya Advokasi Klik dengan Bijak, beliau tahu menggunakan internet dengan betul dan memanfaatkan internet untuk pembelajaran.

SRI