PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama : Muhammmad Hadif Bin Mohammad Nadzri
Umur : 12 tahun
Ahli : 28 Januari 2018

 

Latar belakang

Muhammad Hadif merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Parit 4, Sekinchan. Jarak rumah beliau dengan PEDi dianggarkan lebih kurang 1 Kilometer sahaja bagi memudahkan untuk adik Hadif menggunakan kemudahan yang ada di PEDi. Beliau selalu hadir ke PEDi pada cuti sekolah bermula umur beliau berumur 9 tahun untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan di PEDi. Beliau juga sering menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru di PEDi dengan mendapatkan bimbingan daripada petugas PEDi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT, beliau kurang asas menggunakan teknologi IT iaitu komputer seperti menaip dan mencari maklumat di internet .Beliau kurang mahir menggunakan Microsoft word, software seperti canva dan editing dan beliau juga tidak tahu cara melayari internet dengan betul dan bijak.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan bengkel e-pembelajaran yang telah beliau hadiri di PEDi, beliau semakin mahir dalam mengendalikan Microsoft office word dan beberapa software lain di komputer. Selain itu, beliau berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru dengan cemerlang melalui carian maklumat menggunakan kemudahan internet yang disediakan. Tambahan lagi, dengan adanya Advokasi Klik dengan Bijak, beliau tahu menggunakan internet dengan betul dan memanfaatkan internet untuk pembelajaran.

SRI