PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama : Muhammad Amar bin Aznan
Umur : 13 tahun
Ahli : 27 September 2017

 

Latar belakang

Muhammad Amar merupakan pelajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Yoke Kuan, Sekinchan Selangor. Jarak rumah beliau dengan PEDi dianggarkan 2 Kilometer lebih sahaja bagi memudahkan untuk Amar menggunakan kemudahan yang ada di PEDi. Beliau selalu hadir ke PEDi pada cuti sekolah dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan di PEDi. Adik Amar ini juga sering mengikuti program dan aktiviti yang terdapat di PEDi bersama rakan-rakan beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas-kelas ICT yang diadakan di PEDi Kg Baru Sentosa, beliau tidak tahu menggunakan komputer dan internet dengan cara yang betul dan masa lapang cuti sekolah diisi dengan perkara kurang berfaedah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan pembelajaran e-learing yang telah beliau hadiri di PEDi Kg Baru Sentosa,beliau tahu cara menggunakan komputer seperti mencari maklumat pembelajaran yang diperlukan di ‘google search’, menggunakan Youtube untuk tujuan pembelajaran, asas menaip Microsoft Word dan menghadiri kelas e-learing bagi menambah ilmu dan pengetahuan dengan lebih baik.

SRI