USAHAWAN KECIL PRODUK KUKIES BUATAN SENDIRI

Nama : Maswati Binti Samais
Umur : 44 tahun
Ahli : 30 Mei 2021

 

Latar belakang

Puan Maswati menetap di Jalan Pantai Rasa Sayang, Tanjong Karang. Jarak antara rumah beliau dan PEDi hanya 4km. Beliau berusia 43 tahun. Beliau mula menjalankan perniagaan pada tahun 2020 dengan mengambil tempahan biskut cip coklat secara kecil kecilan seperti pada hari perayaan sahaja. Sebelum ini, beliau hanya menerima tempahan daripada rakan-rakan sekitar kawasan tempat tinggal. Setelah mempelajari perniagaan secara atas talian, beliau dapat mengembangkan perniagaan biskut cip coklat dengan menerima tempahan goodies seperti majlis perkahwinan.Pada pertengahan tahun 2022, beliau juga mula berniaga nasi lemak pada hari sabtu dan ahad. Minat dalam perniagaan menjadikan beliau sentiasa berusaha untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum pengguna ICT yang beliau hanya menerima tempahan daripada rakan-rakan, jiran-jiran dan penduduk sekitar rumah beliau sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau telah hadir di PEDi dan mengikut kelas usahawan online iaitu mempelajari cara membuka akaun Shopee dan mempelajari cara berniaga menggunakan platform whatsapp dan facebook pada Disember 2021. Beliau juga belajar cara untuk menyunting gambar produk dengan lebih baik.

SRI