PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama : Iskandar Aqil Amsyar bin Rosdi
Umur : 13 tahun
Ahli : 25 November 2018

 

Latar belakang

Iskandar Aqil Amsyar bin Rosdi berusia 13 tahun dan telah menjadi ahli PEDi Kg Baru Sentosa pada tahun tahun kedua pembukaan PEDi itu sendiri. Bekas pelajar SK Parit 4 Sekinchan dan SRA Parit 4 Sekinchan Selangor. Jarak rumah beliau dengan PEDi dianggarkan 2 Kilometer bagi memudahkan untuk Aqil menggunakan kemudahan yang ada di PEDi. Beliau selalu hadir ke PEDi pada hujung minggu dan cuti sekolah. Beliau sering mengikuti kelas-kelas, program dan aktiviti yang dianjurkan di PEDi bersama rakan-rakan seusianya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas-kelas ICT yang diadakan di PEDi Kg Baru Sentosa, beliau tidak tahu menggunakan komputer dan internet dengan cara yang betul dan masa lapang cuti sekolah diisi dengan perkara kurang berfaedah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan pembelajaran e-learing yang telah beliau hadiri di PEDi Kg Baru Sentosa,beliau tahu cara menggunakan komputer seperti mencari maklumat pembelajaran yang diperlukan di ‘google search’, menggunakan Youtube untuk tujuan pembelajaran, asas menaip Microsoft Word dan menghadiri kelas e-learing bagi menambah ilmu dan pengetahuan dengan lebih baik.

SRI