PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama : Siti Normala binti Samsudin
Umur : 30 tahun
Ahli : 06 Disember 2018

 

Latar belakang

Puan Normala berusia 30 tahun dan telah menjadi ahli PEDi Kg Baru Sentosa pada 6 Disember 2018.Jarak rumah beliau dengan PEDi dianggarkan 3 Kilometer. Ia memudahkan untuk Puan Normala menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PEDi Kg Baru Sentosa. Beliau sering hadir ke PEDi dan mempelajari asas penggunaan komputer dan internet seperti mencari maklumat dan menaip. Beliau sering mengikuti kelas dan program yang dianjurkan di PEDi bersama adik dan suaminya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas-kelas ICT yang diadakan di PEDi Kg Baru Sentosa, beliau tidak mahir menggunakan komputer dan internet dengan cara yang betul.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan program yang telah beliau hadiri di PEDi Kg Baru Sentosa,beliau tahu cara menggunakan komputer seperti asas menaip menggunakan Microsoft Word untuk menghasilkan surat-surat rasmi. Selain itu, beliau belajar cara mengisi borong-borang secara atas talian seperti borong kemasukan prasekolah dan bantuan-bantuan terkini. Beliau juga telah mahir menggunakan komputer untuk membeli barang secara atas talian di platform shopee dan membuat pembayaran secara online.

SRI