Usahawan Online

Nama

Mohammadi Amir Bin Razak

Umur

26

Tahun menjadi Ahli

2017

 

Latar belakang

En. Amir mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan sejak dari kecik lagi dengan membantu ibubapanya berniaga dipasar malam. Beliau mula menceburkan diri dalam perniagaan keropok ikan sejak awal tahun 2016. Hasil, permintaan yang tinggi daripada rakan-rakan menjadi punca utama  beliau menjual keropok ikan yang asli dari Terengganu ke kawasan Sekinchan . Beliau membeli secara borong daripada peniaga di Terengganu dan melakukan pembungkusan semula di Selangor.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan kasar bulanan beliau hanya sekitar RM 500 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi, beliau telah memiliki page facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Selain itu, beliau telah mengenali system Dashboard yang diperkenalkan oleh PEDi.Dengan adanya aplikasi MYSHOP beliau mempelajari medium baru selain facebook untuk mempromosi produk beliau diserata Malaysia.

P 20160612 161544