Bijak Menaip Dan Menggunakan Internet

Nama

Qaseh Khadeeja Binti Azhadi

Umur

10 Tahun

 

Latar belakang

Qaseh Khadeeja adalah puteri kepada En.Azhadi bin Mohd Khalid dan Puan Siti Mazura binti Abu Bakar. Beliau adalah anak sulung dan mempunyai seorang adik bernama Farish Ukhail. Qaseh merupakan pelajar tahun 4. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Parit 4 pada sesi pagi  dan Sek Ren Agama Parit 4 pada sesi petang. Menjadi pelajar di dalam era teknologi yang semakin berkembang, beliau perlu mengikut perkembangan yang sedang berlaku. PEDi Kg Baru Sentosa adalah pusat pembelajaran ICT untuk beliau mempelajari ilmu berkaitan dengan ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT, beliau kurang mahir menggunakan komputer dan hanya tahu asas menaip.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan dan bimbingan yang diadakan di PEDi, beliau bertambah mahir menggunakan komputer dan internet dengan betul. Beliau tahu untuk mencari maklumat yang diperlukan untuk pembelajaran. Beliau juga tahu cara melayari internet dengan bijak melalui taklimat KDB yang sering beliau hadiri.

20626306 1918019231790083 3371477765305384631 o