USAHAWAN KECIL PRODUK KUAH ROJAK SERI SENTOSA

Nama : Salmah Binti Masri
Umur : 51 tahun
Ahli : 23 Mei 2017

 

Latar belakang

Puan Salmah adalah suri rumah sepenuh masa dan mula menjalankan perniagaan kuah rojak buah secara kecil-kecilan pada tahun 2014. Beliau sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PEDi dan sering mengikuti aktiviti yang dianjurkan di PEDi. Beliau juga mempelajari cara membuka kedai atas talian Shopee. Sebelum ini, beliau hanya menjual secara offline kepada rakan-rakan berhampiran sahaja, Kini beliau mula menjual secara online dan membuat penghantaran ke semenanjung Malaysia.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum pengguna ICT, beliau hanya menjual secara offline dan mempromosi menggunakan platform Facebook dan Whatsapp sahaja. Hanya mempromosi jualan kepada rakan dan jiran terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau telah hadir di PEDi dan mengikut bengkel usahawan online iaitu mempelajari cara  membuka akaun Shopee dan mempelajari cara berniaga menggunakan platform e-commerce ini pada awal tahun 2023. Beliau juga belajar cara untuk menyunting gambar produk dengan lebih baik dan mempromosi produk jualan menggunakan platform Whatsapp. Beliau juga mengikuti kelas asas pengendalian makanan yang telah dianjurkan oleh PEDi Kg Baru Sentosa.

SRI