PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama : Farish Ukhail bin Azhadi
Umur : 15 Tahun
Ahli : 10 Jun 2017

 

Latar belakang

Farish Ukhail berusia 15 tahun dan telah menjadi ahli NaDi Kg Baru Sentosa pada sekitar Jun  2017. Jarak rumah adik Farish dengan NaDi dianggarkan 500 meter sahaja. Kini beliau merupakan seorang pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan Sekinchan Selangor. Bermula dari sekolah rendah lagi, Firas sering hadir ke NaDi untuk proses pembelajaran dan mempelajari asas penggunaan komputer dan internet seperti belajar asas IT dan teknologi IT yang baru. Farish sering mengikuti kelas dan program yang dianjurkan di NaDi bersama kawan-kawannya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas-kelas ICT yang diadakan di NaDi Kg Baru Sentosa, beliau kurang mahir menggunakan komputer dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan pembelajaran e-learing yang telah beliau hadiri di NaDi Kg Baru Sentosa, beliau tahu cara menggunakan komputer seperti mencari maklumat pembelajaran yang diperlukan di ‘google search’, menggunakan Youtube untuk tujuan pembelajaran, asas menaip Microsoft Word dan menghadiri kelas e-learing bagi menambah ilmu dan pengetahuan dengan lebih baik.