PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET
Nama | : Nor Suhada Binti Azmi |
Umur | : 30 Tahun |
Ahli | : 22 November 2017 |
Latar belakang
Puan Suhada menetap di Kampung Parit 5. Beliau berusia 30 tahun. Mula menjadi ahli PEDi pada November 2017. Beliau memulakan perniagaan pada awal tahun 2018 dengan menjual ais kepal milo dan membuka gerai kecil di hadapan rumah beliau. Pada 3 bulan berikutnya, beliau mula menjual aneka makanan seperti ayam goreng,air jagung dan kuih-muih bersama beberapa orang rakan yang lain. Selepas PKP, beliau ingin mencuba perniagaan yang melibatkan perkhidmatan dan boleh berurusan secara online. Jadi, beliau mulakan perniagaan ‘surprise bouquet’. Beliau menerima tempahan untuk kejutan buat yang tersayang pada hari kelahiran, hari perkahwinan dan lain-lain. Beliau sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PEDi dan sering mengikuti aktiviti yang dianjurkan di PEDi. Beliau juga mempelajari cara mempromosi produk beliau dan menerima tempahan luar daripada Sekinchan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum pengguna ICT, beliau hanya menjual makanan di gerai secara kecil-kecilan. Beliau hanya mempromosi jualan kepada rakan dan jiran terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau telah hadir di PEDi dan mengikut bengkel usahawan dengan mempelajari cara berniaga secara online. Beliau juga belajar cara untuk menyunting gambar produk dengan lebih baik dan mempromosi produk jualan menggunakan platform Whatsapp,facebook dan tiktok. Beliau juga mengikuti kelas asas pengendalian makanan yang telah dianjurkan oleh PEDi Kg Baru Sentosa.