PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama : Mohamad Adryzal Hafizo Bin Azli Faizulazmi
Umur : 13 Tahun
Ahli : 16 Julai 2019

 

Latar belakang

Hafizo berusia 13 tahun dan telah menjadi ahli NADI Kg Baru Sentosa pada sekitar Jun 2019. Jarak rumah dengan NADI dianggarkan 500meter sahaja. Bermula umur 8 tahun, beliau sering hadir ke NADI bersama rakan-rakan dan mempelajari asas penggunaan komputer dan internet seperti mempelajari asas IT dan teknologi IT. Hafizo sering mengikuti kelas dan program yang dianjurkan di NADI bersama kawan-kawannya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas-kelas ICT yang diadakan di NADI Kg Baru Sentosa, beliau tidak tahu menggunakan komputer dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan pembelajaran e-learing yang telah beliau hadiri di NADI Kg Baru Sentosa, beliau tahu cara menggunakan komputer seperti mencari maklumat pembelajaran yang diperlukan di ‘google search’, menggunakan Youtube untuk tujuan pembelajaran, asas menaip Microsoft Word dan menghadiri kelas e-learing bagi menambah ilmu dan pengetahuan dengan lebih baik.