PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama : Mohamad Bin Rosmawar
Umur : 37 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

En.Mohamad menetap di Kg Seri Sentosa,Sekinchan. Beliau berusia 37 tahun. Mula menjadi ahli NADI pada tahun 2018. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2019 dengan membuka gerai menjual laksa (Adawiyah laksa). Kini pelbagai menu dijual di gerai beliau seperti mee kari, bakso dan ayam/ikan penyet. Selain itu, beliau dan isteri berniaga menjual kek dan kuih muih daripada rumah dan menerima tempahan bagi majlis-majlis tertentu. Beliau dan isteri sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di NADI dan mengikuti aktiviti yang dianjurkan di NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum pengguna ICT, beliau hanya menjual di gerai dan pembeli dikalangan jiran terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau dan isteri telah hadir di NADI dan mengikuti kursus pengendalian makanan untuk usahawan tempatan. Melalui bengkel ini, beliau dapat menguruskan perniagaan makanan dengan lebih cekap dan mengikuti SOP Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, beliau mengikuti kelas keusahawan asas cipta logo dan promosi produk secara atas talian. Beliau mempelajari cara untuk menyunting gambar produk dengan lebih baik dan mempromosi produk jualan menggunakan platform Whatsapp dan Facebook dengan lebih menarik.