Bijak Menaip Dan Menggunakan Internet

Nama : Dya Farina Binti Azharin
Umur : 11 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Dya Farina Binti Azharin merupakan pelajar Darjah 5 dan menuntut di Sekolah Kebangsaan Parit 4, Sekinchan pada sesi pagi. Pada sesi petang beliau belajar di Sek Ren Agama Parit 4, Sekinchan. Jarak rumah beliau dengan PEDi lebih kurang 600 meter memudahkan beliau untuk datang ke PEDi Kg. Baru Sentosa dan mengikuti kelas-kelas yang diadakan di PEDi. Basikal adalah pengangkutan utama untuk hadir ke PEDi bagi menimba ilmu ICT.Menjadi pelajar di dalam era teknologi yang semakin berkembang, beliau perlu mengikut perkembangan yang sedang berlaku. PEDi Kg Baru Sentosa adalah pusat pembelajaran ICT untuk beliau mempelajari ilmu berkaitan dengan ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT di PEDi, beliau kurang mahir menggunakan komputer dan hanya tahu asas menaip.Beliau juga tidak tahu menggunakan internet bagi tujuan pembelajaran.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan dan bimbingan yang diadakan di PEDi, beliau bertambah mahir menggunakan komputer dan internet. Beliau tahu untuk mencari maklumat yang diperlukan untuk pembelajaran. Beliau juga menjadikan internet satu medium untuk belajar. Beliau juga tahu cara melayari internet dengan bijak melalui taklimat KDB yang sering beliau hadiri.

Dya