USAHAWAN KECIL MAKANAN

Nama : Yulah Binti Suarti
Umur : 45 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Yulah menetap di Kg Baru Parit 5 ,Sekinchan. Beliau berumur 45 tahun,.Mempunyai 4 orang cahaya mata iaitu 3 orang putera dan seorang puteri. Bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan makanan bermula tahun 2005. Beliau menerima tempahan catering makanan, set makan beradap untuk majlis perkahwinan dan juga menerima tempahan kuih raya apabila hari raya bakal menjelma. Antara kuih raya yang amat popular  dikalangan penduduk kampung ialah biskut tat nenas, dan bahulu gulung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaa ICT beliau agak sukar untuk mempromosikan produk kepada orang ramai. Dengan adanya ICT produk beliau senang dikenali dan proses urus niaga berjalan dengan lancar dan mudah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas bimbingan yang diberikan oleh petugas, beliau belajar cara untuk mempromosi perniagaan beliau secara online seperti mempromosi menggunakan platform MyShop di PEDi. Melalui PEDi beliau dapat menambah kenalan dan menjadikan PEDi sebagai pusat untuk mengembangkan ilmu berkaitan dengan perniagaan secara atas talian.

 

Yulah