MAHIR MENGGUNAKAN KOMPUTER

Nama : Fazlynn Rihana Binti Mohd Fazli
Umur : 40 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Fazlynn Rihana adalah puteri kepada En.Mohd Fazli dan Puan Rozahana. Beliau mempunyai 5 orang adik beradik Menetap di Kg Lama belakang LPN Parit 5. Jarak rumah beliau dengan PEDi lebih kurang 1 kilometer sahaja dan mengambil masa 3-4 minit untuk sampai ke PEDi. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Parit 4 pada sesi pagi  dan Sek Ren Agama Parit 4 pada sesi petang. Menjadi pelajar di dalam era teknologi yang semakin berkembang, beliau perlu mengikut perkembangan yang sedang berlaku. PEDi Kg Baru Sentosa adalah pusat pembelajaran ICT untuk beliau mempelajari ilmu berkaitan dengan ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT, beliau kurang mahir menggunakan komputer dan hanya tahu asas menaip.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan yang telah dihadiri di PEDi, beliau mula mahir menggunakan komputer. Beliau boleh menaip dan menggunakan Microsoft Office Word serta menggunakan komputer dan internet untuk mencari maklumat mengenai pembelajaran. Melalui taklimat KDB beliau mempelajari cara melayari internet dengan betul.

Fazlynn