MAHIR MENGGUNAKAN KOMPUTER

Nama : Aina Aliyatul Nafisah
Umur : 13 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Adik Aina Aliyatul Nafisah mula mendaftar menjadi ahli PEDi pada 28 Mei 2017. Beliau berumur 13 tahun dan merupakan pelajar tingkatan 1 di Sek men Jenis Kebangsaan Cina Yoke Kuan. Menatap di Kampung Penerangan Parit 5, Sekinchan. Jarak rumah beliau dengan PEDi dianggarkan sejauh 500 meter sahaja memudahkan beliau mengikuti kelas e-pembelajaran yang dijalankan di PEDi

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT, beliau kurang mahir menggunakan komputer dan hanya tahu asas menaip.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan bengkel e-pembelajaran yang telah belaiau hadiri di PEDi, belia semakin mahir menggunakan komputer dan internet dengan betul. Asas menggunakan microsoft office word juga semakin mahir. Selain itu, beliau menjadikan pembelajaran melalui komputer menyeronokkan dengan mengikuti kuiz atas talian dan pembelajaran melalui Youtube. Beliau menggunakan internet untuk melengkapkan kerja yang telah diverikan oleh para guru di sekolah. Dengan adanya Advokasi Klik dengan Bijak, beliau tahu menggunakan internet dengan bijak.