USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN

Nama : Siti Saiyah Binti Sadikin
Umur : 53 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Siti Saiyah menetap di Kampung Baru Parit 5, Sekinchan. Mempunyai 2 orang cahaya mata. Menjadi ahli PEDi bermula 21 Januari 2018. Beliau menjalankan perniagaan setelah anak-anak beliau menamatkan persekolahan. Beliau menceburi bidang masakan kuih-muih terutamanya kuih tradisional seperti badak berendam, pau, kuih dangai dan donut. Beliau menerima tempahan di majlis perkahwinan dan mesyuarat. Selain itu, beliau meletakkan kuih di gerai kawan beliau untuk diniagakan setiap hari.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaa ICT beliau agak sukar untuk mempromosikan jualan beliau kepada orang ramai. Hanya mempromosi kepada rakan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau telah menghadiri Bengkel Usahawan di PEDi dan mempelajari cara mempromosi produk melalui aplikasi whatsapp.Ia mudah digunakan dan difahami. Beliau juga tahu cara mempromosi produk di paltform MyShop. Selain itu, beliau menghadiri Bengkel Suntingan Imej bagi mempelajari cara mengambil gambar produk dengan betul untuk diiklankan di media sosial