USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN

Nama : Sanita Binti Othman
Umur : 41 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Sanita Binti Othman menetap di No 09 Jalan PKKP 7/A6 Kg Baru Sentosa, Sekinchan. Mula menjadi ahli PEDi pada 19 Mei 2017 dan salah seorang Ahli Jawatankuasa PEDiKg Baru Sentosa yang aktif melibatkan diri dengan aktiviti di PEDi. Mula berjinak-jinak dengan perniagaan makanan pada awal tahun 2019, dengan menjual tauhu bergedil dan tauhu bunga kepada penduduk sekitar sahaja. Apabila jualan mendapat sambutan yang menggalakkan, beliau mula mempromosi produk jualan di media sosial seperti facebook dan menerima tempahan melalui aplikasi whatsApp. Selain tauhu bergedil, beliau kini menjual kuih muih seperti apam nasi, bubur lambuk, kerepek peria, mee kari, siput sedut dan pepahat. Beliau juga menjual produk digerai jualan bersama rakan-rakan dan menerima tempahan majlis kenduri dan juga jamuan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT beliau agak sukar untuk mempromosikan jualan beliau kepada orang ramai. Hanya mempromosi kepada rakan terdekat dan komuniti setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau telah menghadiri Bengkel Usahawan di PEDi dan mempelajari cara mempromosi produk melalui laman Facebook dan aplikasi Whatsapp. Beliau juga belajar cara untuk menyunting gambar produk dengan lebih baik atas bimbingan petugas. Selain itu, beliau mempromosikan produk melalui Dashboard Komuniti MyShop.