USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN

Nama : Nor Sudayah Bt Alias
Umur : 28 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Nor Sudayah Binti Alias menetap di Kampung Penerangan Parit 5 Sekinchan, Selangor dan berusia 28 tahun. Beliau mula menjalankan perniagaan pada tahun 2018. Pada mulanya, beliau hanya menerima tempahan donut dan bombolini daripada rakan-rakan dan jiran terdekat sahaja. Kemudian membuka gerai kecil dihadapan rumahnya dengan menjual pelbagai jenis roti. Sambutan yang amat menggalakkan dan beliau mula menambah pelbagai jenis menu jualan seperti roti sosej, chicken flos, roti 3 in 1,cupcake, roti sarang lebah, roti 4 benua dan pelbagai lagi. Bermula 2018 beliau bersama-sama membuka gerai yang lebih besar bersama rakan-rakan di Parit 5. Beliau menggunakan platform media sosial seperti Whatsapp dan Facebook untuk mempromosikan jualan kepada penduduk berhampiran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengguna ICT beliau agak sukar untuk mempromosikan produk beliau dan kurang tempahan. Produk beliau kurang dikenali kecuali dikawasan terdekat sahaja dan menu jualan juga terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas bimbingan yang diberikan oleh PEDi beliau belajar cara untuk mempromosi produk dengan lebih berkesan melalui platform atas talian. Beliau belajar cara untuk menambah kenalan/network bagi menarik lebih ramai pelanggan ke gerai beliau. Tempahan atas talian juga semakin bertambah dan produk makin dikenali di luar kawasan tempat tinggal beliau. Perkhidmatan COD juga disediakan bagi menarik minat pelanggan.

Rafiq