USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN

Nama : Nur Shaira Afna Binti Mohd Shahid
Umur : 34 tahun
Ahli : 28 Januari 2018

 

Latar belakang

Puan Nur Shaira Afna menetap di Kampung Baru Parit 5 ½ Sei Sentosa, Sekinchan dan berusia 34 tahun. Beliau mula menjalankan perniagaan pada tahun 2018 dengan modal permulaan RM400. Antara menu makanan yang popular dan mendapat sambutan adalah laksa, mee kari dan jagung cawan. Beliau menggunakan platform media sosial seperti Whatsapp dan Facebook untuk mempromosikan jualan makanan kepada komuniti. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaa ICT beliau agak sukar untuk mempromosikan produk beliau. Produk beliau kurang dikenali dan kurang mendapat sambutan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas bimbingan yang diberikan oleh PEDi beliau belajar cara untuk mempromosi produk dengan lebih berkesan melalui platform atas talian. Beliau belajar cara untuk menambah kenalan/network bagi menarik lebih ramai pelanggan ke gerai beliau. Beliau juga menerima tempahan atas talian dan produk makin dikenali.

Rafiq