MAHIR MENGGUNAKAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama      : Faris Naiman Bin Mohamad Noor
Umur : 13 tahun
Ahli : 23 Mei 2017

 

Latar belakang

Faris Naiman merupakan pelajar di Sek Ren Keb Parit Empat dan SRA Parit 4 dan menetap di Jalan Salam Kampung Parit 5, Sekinchan. Jarak rumah Faris Naiman dengan PEDi dianggarkan sejauh 200 meter. Seorang yang aktif dalam aktiviti yang dianjurkan di PEDi terutamanya kelas ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT, beliau tiada asas menggunakan komputer seperti menaip, dan mencari maklumat di internet. Beliau juga tidak tahu menggunakan Microsoft word dan paint untuk pembelajaran. Beliau juga tidak tahu menggunakan cara melayari internet dengan betul dan bijak.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan bengkel e-pembelajaran yang telah beliau hadiri di PEDi, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan internet. Asas menggunakan Microsoft Word juga beliau semakin mahir. Selain itu, beliau menjadikan pembelajaran melalui komputer menyeronokkan dengan mengikuti kuiz online dan pembelajaran melalui Youtube. Dengan adanya Advokasi Klik dengan Bijak, beliau tahu menggunakan internet dengan bijak.

Hakimi