USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN

Nama : Saiyydah Nafisah Binti Alpanamir
Umur : 20 tahun
Ahli : 02 Jun 2017

 

Latar belakang

Cik Saiyydah Nafisah menetap di Parit 4 Kg Baru Sentosa. Jarak rumah beliau dengan PEDi adalah 1.5km sahaja. Bermula tahun 2018 dengan modal yang sangat rendah iaitu RM50.00, Beliau berniaga makanan seperti kuih-muih dan produk kesihatan. Atas permintaan yang tinggi, kini beliau menjual pelbagai jenis kuih yang dibekukan(frozen) seperti kasturi, karipap ayam, karipap dan karipap cendawan. Beliau juga menjual pes rendang dan pes kari serta kerepek pisang dan peria.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaa ICT beliau agak sukar untuk mempromosikan produk beliau dan kurang tempahan. Produk beliau kurang dikenali kecuali dikawasan terdekat sahaja. Beliau juga kurang mahir menggunakan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan program yang diberikan oleh PEDi beliau belajar cara untuk mempromosi produk dengan lebih berkesan melalui platform atas talian. Tempahan atas talian juga semakin bertambah dan produk makin dikenali di luar kawasan tempat tinggal beliau. Beliau juga kini memiliki akaun shopee untuk menjual kerepek beliau dan tempahan diterima seluruh Malaysia.

Nafisah