USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN

Nama : Seriyanti Binti Ratab
Umur : 39 tahun
Ahli : 01 Februari 2018

 

Latar belakang

Puan Seriyanti Binti Ratab menetap di Kg Baru Parit 5 dan jarak rumah dengan PEDi hanya 1km. Suami beliau seorang nelayan dan mempunyai 2 orang anak. Beliau menjalankan perniagaan ikan masin bermula tahun 2014. Anggaran kos permulaan peniagaan adalah RM1000.00. Kini pendapatan beliau secara bulanan RM 1200.00. Selain perusahaan ikan masin beliau juga menjual makanan seperti kerepek peria dan kerepek bawang putih.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

beliau agak sukar untuk mempromosikan produk beliau dan kurang tempahan. Produk beliau kurang dikenali kecuali dikawasan terdekat sahaja. Beliau juga kurang mahir menggunakan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan program yang diberikan oleh PEDi beliau belajar cara untuk mempromosi produk dengan lebih berkesan melalui platform atas talian. Beliau belajar cara untuk menambah kenalan/network bagi menarik lebih ramai pelanggan . Tempahan atas talian juga semakin bertambah dan produk makin dikenali di luar kawasan tempat tinggal beliau. Beliau menggunakan pekhidmatan kurier bagi menghantar pesanan yang ditempah di luar kawasan.

SRI