MAHIR MENGGUNAKAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama      : Irham Qayyim Bin Kamarulzaman
Umur : 11 tahun
Ahli : 26 Jun 2020

 

Latar belakang

Adik Irham Qayyim berumur 11 tahun, merupakan pelajar di Sek Ren Keb Sri Sekinchan dan Sekolah Rendah Agama Harmoni, Sekinchan Selangor. Menetap di Lorong 3 Kampung Penerangan, Sekinchan dan jarak rumah beliau dengan PEDi dianggarkan sejauh 2km sahaja bagi memudahkan untuk beliau mengikuti kelas e-pembelajaran yang dijalankan di PEDi. Anak bongsu daripada 3 orang adik beradik ini merupakan seorang yang aktif dalam menghadiri kelas ICT dan aktiviti yang dianjurkan di PEDi

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT, beliau kurang asas menggunakan komputer seperti menaip dan mencari maklumat di internet .Beliau kurang mahir menggunakan Microsoft word dan beliau juga tidak tahu cara melayari internet dengan betul dan bijak.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan bengkel e-pembelajaran yang telah beliau hadiri di PEDi, beliau semakin mahir dalam menggunakan Microsoft office word. Selain itu, beliau berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru dengan cemerlang melalui carian maklumat menggunakan kemudahan internet. Tambahan lagi, dengan adanya Advokasi Klik dengan Bijak, beliau tahu menggunakan internet dengan betul dan memanfaatkan internet untuk pembelajaran.

Qayyim