USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN DAN PAKAIAN

Nama : Noorashikin Binti Awaluddin
Umur : 30 tahun
Ahli : 21 Julai 2017

 

Latar belakang

Puan Noorashikin Binti Awaluddin menetap di Sungai Besar, Selangor. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2017 dengan bermodalkan RM 200.00 sahaja. Pada permulaan perniagaan, beliau berniaga alat kecantikan. Kemudian beliau mengembangkan perniagaan dengan membuat kek homemade dan menerima tempahan dari kawan-kawan dan penduduk sekitar. Beliau juga berniaga produk makanan yang viral iaitu coco jar. Selain makanan, beliau juga kini berniaga tudung secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau agak sukar untuk mempromosikan produk beliau dan kurang tempahan. Produk beliau kurang dikenali kecuali dikawasan terdekat sahaja dan tidak pernah menggunakan platform shopee untuk jualan atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan program yang diberikan oleh PEDi beliau belajar cara untuk mempromosi produk dengan lebih berkesan melalui platform atas talian. Beliau belajar cara untuk menambah kenalan/network bagi menarik lebih ramai pelanggan Beliau juga kini memiliki akaun shopee untuk menjual barang perniagaan beliau dan tempahan diterima seluruh Malaysia.