USAHAWAN KECIL PRODUK ALAT GANTI MOTOR DAN AKSESORI MOTOR

Nama : Mohd Zaidi Bin Shamsi
Umur : 32 tahun
Ahli : 21 Julai 2017

 

Latar belakang

En Mohd Zaidi menetap di Lapis 3 Tali Air 3, Pantai Rasa Sayang 45400 Sekinchan Selangor. Beliau memulakan perniagaan pada Ogos 2020 dengan mengikuti isteri beliau menghadiri kelas keusahawanan shopee di PEDi Kg Baru Sentosa. Bekerja sebagai foreman menjadikan minat yang mendalam dalam bidang motor. Beliau mula menjual alat ganti motor dan aksosori permotoran seperti helmet, gearbox, stiker dan lain-lain. Beliau menggunakan platform shopee bagi penjualan atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau agak sukar untuk mempromosikan produk beliau dan jualan alat motor hanya pada kenalan terdekat. Beliau juga tidak tahu cara berniaga menggunakan platform shopee.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau belajar cara untuk mempromosi produk dengan lebih berkesan melalui platform atas talian. Beliau belajar cara untuk menambah kenalan/network bagi menarik lebih ramai pelanggan Beliau juga kini memiliki akaun shopee untuk menjual barang perniagaan beliau seluruh Malaysia.SRI